Apr 10, 2012

Setem Khas Sempena Pertabalan Agong ke-14

Setem Khas Sempena Pertabalan Agong ke-14 ? Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin kongsikan kepada korang yang mana pengumpul setem ataupun minat jugak sikit-sikit dalam mengumpul setem di sini saya ada informasi Pos Malaysia akan mengeluarkan setem  khas dan  filateli  sempena pertabalan agong ke-14 yang akan berlangsung pada rabu ini..

Setem Khas Sempena Pertabalan Agong ke-14 ? Setem Peringatan ini  akan memaparkan potret Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri  Agong  Tuanku Hajah Haminah seperti yang diberitahu  oleh ketua  unit setem dan filateli  Pos Malaysia iaitu Yasmin Ramli.


“Produk kali ini terbahagi kepada empat iaitu setem segi empat sama dalam dominasi 60 sen, 80 sen dan RM1; lembaran mini pada harga RM5; sampul surat hari pertama 50 sen; serta folder yang terdiri daripada sampul surat hari pertama dan lembaran mini berharga RM5.50.
“Manakala satu set lengkap yang merangkumi setem 60 sen, 80 sen dan RM1, sampul surat hari pertama, lembaran mini, risalah dan ringkasan produk yang dikeluarkan sempena pertabalan Tuanku Abdul Halim pula berharga RM66.90,”
Yasmin turut menambah tentang keunikan koleksi kali ini kerana lembaran mini yang dikeluarkan secara ekslusif sempena memperingati penggal kedua pemerintahan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di Pertuan Agong dan dijual pada harga RM5.
“Lembaran mini yang berukuran 140mm x 75mm ini juga buat pertama kalinya memaparkan teknik khas dan percetakan emas serta memaparkan setem terdahulu yang pernah dikeluarkan sempena memperingati pertabalan kali pertama Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1971 beserta potret terkini Seri Paduka baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 tahun ini,”

bagaimanapun folder berharga RM5.50 hanya boleh diperolehi di pejabat-pejabat pos terpilih sahaja.
Sampul surat hari pertama yang berharga 50 sen setiap satu hanya akan dijual pada hari pertama manakala produk lain dijual sehingga habis stok dan boleh didapati di semua pejabat pos
Pengumpul setem terutama bagi koleksi diraja digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli Standing Orred Deposit Account (SODA) untuk mendapatkan setem-setem dan produk filateli lain yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia tanpa perlu beratur di kaunter.
Bagi anda yang mempunyai minat mengumpul setem, jangan lupa daptkan Setem Khas Sempena Pertabalan Agong ke-14 ini. 


EmoticonEmoticon