Apr 14, 2012

Cara Memohon Skim Rumah Pertamaku | Skim Rumah Pertamaku 2012

Skim Rumah Pertamaku 2012 |  Cara Memohon Skim Rumah Pertamaku | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua di sini saya ingin kongsikan informasi berkaitan dengan  skim rumah pertamaku 2012.

Skim Rumah Pertama (SRP)menawarkan pinjaman 100% kepada pembelinya yang layak. Jangan risau kerana 25 buah institusi kewangan / bank sudah bersetuju untuk memberi kemudahan kewangan berkenaan. Takkan anda masih ragu-ragu lagi untuk memiliki kediaman idaman? Siapa yang layak dan bagaimana?
Skim Rumah Pertama (SRP) ditawarkan kepada pembeli yang berusia dibawah 35 tahun, dan masih tidak memiliki aset berbentuk rumah. Maka mereka ini layak untuk memohon pinjaman perumahan daripada 25 bank berkenaan 100% (tanpa deposit 10% – dahulu) dan pinjaman berkenaan adalah selama 30 tahun. Jumlah maksimum pinjaman adalah sebanyak RM220,000. Ok ler tu kan.
Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. – Petikan Dari Laman SRP
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON SKIM RUMAH PERTAMA INI?


Kalau anda masih ragu-ragu atau kurang faham, silalah melawat website ini: http://www.srp.com.my/

2 Add Comment

dari saat kita submit borang yg telah lengkap, lebih kurang berapa lama tempoh bank proses permohonan ye?

die ni ape tahu


EmoticonEmoticon