Jun 18, 2011

Betul ke Shila Amzah dan Awi Rafael Bercinta?Aku Suka Dia

Shila Amzah
Shila Amzah


Dengarnya Shila Amzah sekarang ni semakin rapat dengan Awi Rafael? Tapi siapa agaknya Awi Rafael ni, dokter, majistret? Bukan kedua-dua nya. Tetapi Awi Rafael juga merupakan seorang penyanyi dan telah melancarkan album terbaru nya bulan April lalu
Sedikit Info Latar Belakang Awi Rafael
Awi lahir pada 23 Julai 1986 dan nama sebenarnya ialah Muhammad Nabawi bin Gunawan seorang singer dan songwriter. Ibunya yang berasal dari Pontian, Johor dan bapanya dari Jakarta, Indonesia, Awi Rafael mendapat pendidikan persekolahan di Singapura dan merupakan graduan jurusan Undang-undang dan Psikologi. Anak Melayu ini memulakan kareer muziknya dengan merantau ke Australia untuk mencuba nasib dan menimba pengalaman di sana. Dengan berkat ketekunan dan keikhlasan, usaha Awi Rafael membuahkan hasil apabila suaranya diperdengarkan di TV dan radio di Singapura, Brunei dan Indonesia pada usianya yang baru mencecah 20 tahun ketika itu. Sebagai seorang yang pernah menganggotai kumpulan ‘Bhumiband’ suatu ketika dulu, penyanyi yang juga merupakan seorang penulis lagu dan lirik ini kini mula menggiatkan diri dalam industri muzik tempatan sebagai artist solo di bawah naungan Warner Music Malaysia Sdn Bhd. Awi bukan calang orang sebab sebelum ini beliau pernah menjelajah bersama kumpulan muzik seperti Sheila On 7, Dewa dan banyak lagi.
Awi Rafael dan Shila Amzah bercinta ?
Awi Rafael menafikan yang beliau sedang bercinta dengan Shila Amzah. Tetapi Shila Amzah dan Awi Rafael boleh dikatakan berkawan rapat, mungkin sedang mengenali hati budi masing-masing ke. Kata Awi Rafael,
Apa yang saya boleh katakan, hubungan kami rapat ibarat teman tapi mesra. Hanya Allah yang mengetahui jika kami akan bercinta atau tidak. Saya akui selalu berhubungan dengan Shila. Saya kenal mak dan ayah dia dan menghormati mereka. Tetapi jangan salah faham dengan apa yang saya katakan ini kerana sekarang saya mahu fokuskan kepada muzik dahulu.
Awi Rafael
Awi Rafael

Shila Amzah juga turut menyenangi lelaki itu dan kata duta produk Safi Balqis itu,
Kami gembira bersahabat dan sering bertukar-tukar idea dalam penulisan lirik. Ramai juga pihak yang bertanyakan tentang hubungan kami sebelum ini. Apa yang saya boleh jawab, kami hanya teman rapat kerana baru mengenali antara satu sama lain.
Sebelum ini, Shila Amzah dikatakan sedang hangat bercinta dengan pemain muda pasukan harimau muda, Haziq Zikri dan sering kelihatan bersama dalam majlis keraian, namun Shila Amzah tampil menafikan gosip tersebut. Kini kita lihat pula bagaimana Shila Amzah dan Awi Rafael adakah bercinta?


Sumber: limauais.com

1 Add Comment so far

baru lepas lepak dgn shila amzah tadi :) meh singgah meh http://gadishlollipopinwonderland.blogspot.com/2011/06/hang-out-with-zoey-shila-oiam-syada.html


EmoticonEmoticon