Sep 30, 2012

Adam dan Hawa Episode 25

Youtube Adam dan Hawa Episode 25 |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua,di sini saya ingin kongsikan drama bersiri adam dan hawa episode 25.
Drama bersiri adam dan hawa mula disiarkan pada pada 27 ogos 2012 yang lalu hehe, saya saja je tulis ni sebab nak bagi panjang.Drama adam dan hawa disiarkan pada pukul 10 malam dan antara pelakon yang membintangi drama bersiri adam dan hawa ialah Aaron Aziz, episod drama bersiri adam dan hawa ini mempunyai sebanyak 80 episode.
 lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka.

Sinopsis Ringkas Adam dan Hawa.

Secara ringkas, Adam dan Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan.
Adam seorang
Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa ego.

ADAM DAN HAWA EPISOD  25 dan 26 (AKAN DIUPDATE PAGI ESOK)

Sep 29, 2012

Permohonan Kemasukan ILJTM Sesi Januari 2013

Permohonan Kemasukan ILJTM Sesi Januari 2013 |Assalamualaikum , di sini saya ingin berkongsi dengan anda borang permohonan kemasukan ILJTM sesi januari 2013.

Permohonan kemasukan ke ILJTM sesi Januari 2013 lepasan SPM SKM/ST – Online
Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia mempelawa calon lepasan  SPM dan SKM/ST memohon kemasukan ke Institut tersebut.Permohonan dibuka mulai 24 September  sehingga 25 Oktober 2012

ILJTM terdiri daripada
22 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan
5 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan
Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) yang juga menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan
Cara memohon
Permohonan adalah melalui aplikasi secara online (atas talian) dan no unik id tidak diperlukan hanya masukkan no kad pengenalan/Mykad seperti contoh gambar dibawah:-


Informasi lain yang berkaitan antaranya
Maklumat AM ILJTM
Panduan AM Kemasukan
Panduan Kemasukan Lepasan SPM SKM/ST
Sila layari aplikasi permohonan klik pada pautan yang disertakan dibawah
http://www.jtm.gov.my/PermohonanILJTM



Laporan Teks Ucapan Belanjawan Bajet 2013

LAPORAN TEKS UCAPAN BELANJAWAN BAJET 2013 , INTIPATI BAJET 2013

Laporan teks Ucapan Belanjawan Bajet 2013 – Download

Pembentangan belanjawan bajet 2013 oleh Perdana Menteri Yab Dato’Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak di dewan parlimen yang berlangsung pada pukul 4 hingga 6.30 petang Jumaat 28 September 2012 telahpun selesai dengan jayanya
Antara Intipati bajet 2013 yang membawa tema Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati adalah seperti berikut
  • Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan
  • RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan
  • RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan
  • RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar
  • RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat
  • RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka
  • Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara
  • RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi
  • RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air
  • RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014
  • Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun
  • Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian
  • DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  • Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015
  • Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
  • Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan
  • Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion
  • RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah
  • Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri
  • RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera
  • Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  • Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  • Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India
  • Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.
  • Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek
  • Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan
  • Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
  • RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah
  • Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta
  • RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan
  • RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan
  • Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan “Higher Order Thinking Skills”
  • Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan
  • RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional
  • Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah
  • Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat
  • Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan
Untuk muat-turun (download) versi ucapan sila klik pada tajuk pautan dibawah (Perisian Adobe Reader PDF adalah diperlukan)


Bajet 2013 - BR1M Untuk Umur 21 Tahun Ke Atas

Bajet 2013 - BR1M Untuk Umur 21 Tahun Ke Atas |Assalamualaikum dan salam sejahtera ,di bawah adalah bajet 2013 br1m untuk umur 21 tahun ke atas.

Bajet 2013 : BR1M 2.0 diperluas untuk umur 21 tahun ke atas

Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 

buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun 

ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan 

RM250.






Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan yang dikenali sebagai BR1M 2.0 itu melibatkan 

peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 

4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang


Beliau berkata bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak lagi perlu 

mendaftar untuk kali keduamanakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November 

ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat 

Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara


“Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis, 

malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab danmampu mengurus kewangan 

negara dengan berhemah,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan 

Rakyat


BR1M 2.0 merupakan susulan kepada BR1M tahun ini yang menyaksikan 

kerajaanpersekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan 

RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah, yang 

membabitkanperuntukan kerajaan menjangkau hampir RM2.16 bilion.

Intipati Bajet 2013

Intipati Bajet 2013 |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, saya kongsikan senarai intipati bajet 2013 , belanjawan negara 2013.

Intipati Bajet 2013 tadi. Berikut adalah ulangan Intipati Bajet 2013 secara betulis yang telah disampaikan perdana mentaeri Malaysia di parlimen beberapa jam tadi.
1. Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus. * KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
2. Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
3. Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
4. Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
5. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
6. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
7. Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
8. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
9. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
10. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan. * Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
11. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
12. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
13. DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
14. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
15. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
16. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
17. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.


18. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
19. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
20. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
21. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
22. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
23. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
24. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.
25. Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.
26. Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.
27. Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.
28. Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.
29. Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.
30. Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015
31. Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015
32. Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama
33. Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip “nilai untuk wang”
34. Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.
35. Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
36. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.
37. Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai
38. Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta
39. Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.
40. Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.
41. Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.
42. Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.
43. Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.
44.  Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat one-off sebanyak RM200 akan diberikan bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G daripada peniaga yang dibenarkan. Inisiatif ini adalah untuk belia yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. Sejumlah RM300 juta diperuntukkan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.
45. Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau BR1M 2.0 diberi kepada yang layak, kriteria sama seperti BR1M pertama iaitu pendapatan RM3,000 ke bawah. Sebagai tambahan BR1M 2.0 diperluaskan kepada individu bujang 21 tahun ke atas dan pendapatan bawah RM2,000 akan memperolehi RM250 seorang membabitkan peruntukan kerajaan RM3 bilion.
46. Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku Satu Malaysia kepada setiap pelajar IPTA dan pra-universiti. Untuk itu, nilai baucar akan ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250.
47. Bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.
48. Bonus penjawat awam sebulan setengah gaji secara berkala tiga 3 bulan.
Bagi yang ingin membaca ucapan penuh Datuk Seri Najib Razak ketika diparlimen, ikuti text sebenar meneusi pautan link [Intipati Bajet 2013] ini.
Anda dialukan untuk berkongsi info ini buat sahabat yang mungkin terlepas atau kurang jelas dalam video perbentangan dan intipati bajet 2013.

Bajet 2013 |Isi Kandungan Bajet 2013|Intipati Bajet 2013

BAJET 2013 | ISI KANDUNG BAJET 2013 | INTIPATI BUDGET 2013 |Assalamualaikum , di bawah adalah bajet 2013 serta isi kandungan bajet 2013.

Bajet 2013 telah pun dibentangkan oleh perdana menteri malaysia datuk seri najib.di bawah ini merupakan isi kandung dan intipati bajet tahun 2013.anda boleh kopy atau print isi kandung bajet 2013 ini.



Fokus 1: Mengarang Aktiviti Pelaburan
PELAKSANAAN 12 NKEA | BUDGET 2013
1.Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:
- Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi serta pengeluaran padi berskala besar;
-Pengindahan Sungai Klang (River of Life); dan
-Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan

MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK  | BUDGET 2013
2.Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, RM1 bilion – MIDA
3.Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA  | BUDGET 2013
4. Pembangunan PKS
-Skim Pembangunan PKS – RM1 Bilion (SME Bank)
- Pelan Induk PKS (2012-­‐2020) – RM 30 juta bagi tahun 2013
-Dana Industri Halal – RM200 juta bagi pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal
5. Penjaja dan peniaga kecil
-Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil (perlindungan maksimum sehingga 5,000 ringgit)
-Kemudahan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil (RM25,000 bagi licensee dan RM500,000 kepada licensor)

SEKTOR PELANCONGAN  | BUDGET 2013
6. Merancak Sektor Pelancongan
- Program Tahun Melawat Malaysia 2013 / 2014 dengan sasaran 26.8 juta pelancong
- Pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang
mengendalikan 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan

HAB DAGANGAN MINYAK DAN GAS  | BUDGET 2013
7. Insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum:
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 10 tahun
-Pengecualian cukai pegangan
-Pengecualian duti setem
8. Projek pelaburan minyak dan gas:
-Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid)
-Terminal minyak dan gas – Johor dan Sipitang, Sabah
- Loji Regasifikasi di Melaka
9.Insentif cukai ke atas Program Global Incentive for Trading (GIFT) sebagai menjadikan Malaysia Hab dagangan komoditi antarabangsa :
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 3 tahun pertama operasi syarikat dagangan LNG
-Memperluas dagangan komoditi di bawah program GIFT seperti pertanian, bahan mentah bertapis, logam asas dan kimia.

PENEKANAN KEPADA SEKTOR PERTANIAN  | BUDGET 2013
10. Mencergas sektor pertanian & perladangan
-Pembangunan program pertanian melalui aplikasi teknologi terkini – RM 30 juta
-Meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan – RM75 juta
- Program penanaman semula pokok kelapa sawit – RM432 juta
- Pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi – RM127 juta
- Memperkasa Projek Azam Tani – RM 41 juta (manfaat hampir 6,700 peserta)
11. Menambah 4 kawasan jelapang padi baru – keluasan 19 ribu hektar
-Kota Belud, Batang Lupar, Rompin & Pekan
- Jangkaan menghasilkan 104 ribu tan metrik & penyertaan 12,237 pesawah

INSENTIF UNTUK NELAYAN  | BUDGET 2013
12. Elaun bantuan sara hidup RM 200 sebulan – manfaat 55 ribu nelayan
13. Insentif 10 hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan
14. Skim perlindungan insurans nelayan – perlindungan hingga RM100,000

MENINGKAT AKTIVITI PERTANIAN  | BUDGET 2013
15. Penerusan subsidi dan insentif pertanian – RM2.4 bilion
- Pemberian Subsidi Harga Padi -­‐ 480 juta ringgit
- Pemberian Subsidi Baja Padi -­‐ 465 juta ringgit
- Insentif Peningkatan Hasil Padi -­‐ 80 juta ringgit
- Insentif Pengeluaran Padi -­‐ 563 juta ringgit
- Subsidi Harga Beras -­‐ 528 juta ringgit
- Subsidi Benih Padi Sah -­‐ 85 juta ringgit
16. Skim Perlindungan Takaful Pertanian
- Jumlah pampasan sehingga RM13,000
- Manfaat kepada 172 ribu pesawah

MENCERGASKAN PASARAN MODAL DAN KEWANGAN  | BUDGET 2013
17. Pasaran Modal
- Menerajui terbitan sukuk – RM171 bil. @ 71% drpd jumlah terbitan sukuk global
-Terbitan sukuk tunggal terbesar dunia dengan nilaian RM30.6 bil. – PLUS Berhad
-Penubuhan Pusat Promosi Pasaran Modal di Suruhanjaya Sekuriti
-Program Graduate Representative – melatih 1,000 graduan dalam pasaran modal
18. Tawaran Awam Awal (IPO)
-Terbitan dua daripada tiga IPO terbesar di dunia – FELDA Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) dan IHH Healthcare Berhad (RM6.3 bilion)
19. Pasaran Bon dan Sukuk
- Rangka kerja terbitan bon dan sukuk runcit – Suruhanjaya Sekuriti
- Pegangan bon dan sukuk runcit oleh individu
- Potongan cukai dua kali bagi menerbitkan bon dan sukuk runcit
- Pengecualian duti setem ke atas surat cara dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
- Potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun bagi terbitan AgroSukuk

MENGGALAKKAN AMANAH PERNIAGAAN  | BUDGET 2013
20. Pengendalian perniagaan melalui Amanah Perniagaan
-Layanan cukai sama seperti syarikat
-Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta tanah
21. Tambahan peruntukan modal Danajamin -­‐ RM400 juta; 2 tahun
-Merancak penerbitan bon dan sukuk oleh syarikat
22. Penubuhan Yayasan Pasaran Modal -­‐ RM 100 juta
- Pembangunan modal insan bagi industri sekuriti
23. Tun Razak Exchange (TRX)
- TRX dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan menawakan 40 ribu peluang pekerjaan
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX)
- Pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee
- Pengecualian cukai bagi pemaju hartanah
24. Pembangunan Wakaf Korporat
-Merangka Pelan Induk Wakaf Korporat – JAWHAR bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri

PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA  | BUDGET 2013
25. Projek MRT -­‐ sebanyak RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera
26. Penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera, SME Bank -­‐ RM 1 bilion
27. Galakan insentif bagi syarikat Bumiputera di bawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)
-Melanjutkan tempoh kemudahan Skim sehingga 31 Disember 2013
-Memperluas kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)
-Meningkatkan kelayakan pemegang syarikat sehingga RM20 juta
28. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil & sederhana
-Peruntukan 2013: RM350 juta , termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India

Fokus 2: Memperkasa Pendidikan & Latihan

MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN  | BUDGET 2013
29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 -­‐ 2025
- Peruntukan sektor pendidikan -­‐ RM38.7 bil. @ 15% dari keseluruhan peruntukan
- Peningkatan kemahiran guru (subjek: Bahasa Kebangsaan, BI, Matematik & Sains)
- Mewujudkan Unit Pelaksanaan Pendidikan (EDU)
30. Pembangunan Sektor Pendidikan
-Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah(RM1 Bilion)
31. Memperkukuh Peranan Taska Dan Prasekolah
-Pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN – RM1.2 bilion
- Geran pelancaran (RM10,000) kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak‐kanak swasta
- Potongan cukai dua kali ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pusat jagaan kanak‐kanak
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 % setahun diberi kepada pengusaha Taska, pusat jagaan kanak‐kanak dan prasekolah swasta
32. Projek perintis bagi melaksanakan TASKA OKU – 6 kategori OKU
-OKU down syndrome, autisme, OKU penglihatan, OKU pekak dan bisu, OKU fizikal dan OKU masalah pembelajaran

LATIHAN & KEMAHIRAN  | BUDGET 2013
33. Peruntukan dalam latihan teknikal dan vokasional – RM3.7 bilion
- Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran – RM440 juta
- Peralatan ILP & IKBN – RM366 juta
- Program latihan berstrategik tinggi – melatih 5,000 orang
- Program RAPID di Pengerang – melatih 300 belia dalam bidang minyak & gas
- Program latihan kemahiran dibawah ILP & skim SLDN -­‐ melatih 3,200 pelajar India
34. Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) – memperkukuh kebolehpasaran graduan & bidang kerjaya
35. Skim Latihan 1M’sia – potongan cukai 2 kali ke atas perbelanjaan syarikat
36. Pemeriksaan percuma sebanyak 2 kali kepada 1.4 juta ahli PERKESO

Fokus 3: Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA  | BUDGET 2013
37. Pembangunan PKS
-Harta intelek dijadikan cagaran untuk peroleh pembiayaan
-Penyediaan Dana Pembiayaan Harta Intelek -­‐ RM200 juta (Kerajaan menanggung 2% kadar faedah dan CGC menjamin 50%)
-Program latihan penilai harta intelek – RM19 juta

MEMPERGIAT AKTIVITI R&D  | BUDGET 2013
38. Peruntukan R&D kepada 5 Universiti Penyelidikan – RM600 juta
- Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi
- Bidang strategik: nano teknologi, automatif, bio-teknologi & aero-angkasa
39. Insentif cukai kepada syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti R&D
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan
-Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatan
40. Mengarusperdanakan program kreativiti dan inovasi
-Program Inovasi Inklusif – kerjasama agensi Kerajaan & NGO

PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU  | BUDGET 2013
41. Menambahbaik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
-Tambahan peruntukan bagi SPTH RM2 bilion
-Pelanjutan tempoh permohonan sehingga 31 Disember 2015

Fokus 4: Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam

PENGUKUHAN KONSOLIDASI FISKAL  | BUDGET 2013
42. Memastikan defisit fiskal terus berkurangan dan mencapai bajet berimbang – 3% menjelang 2015
43. Memperkukuh sistem percukaian negara
-Peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih menyeluruh serta saksama
44. Perolehan Kerajaan dan pembelian berdasarkan prinsip value for money

MENGUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM  | BUDGET 2013
45. Meningkat kecekapan Perkhidmatan Awam
-Penekanan kepada amalan kerja secara cepat, tepat dan berintegriti
-Perkhidmatan yang lebih efisyen, efektif dan responsif
46. Pesara Kerajaan
-Menyelaras mininum pencen yang berkhidmat sekurang­kurangnya 25 tahun: daripada RM720 kepada RM820
-Manfaat kepada 50,371 pesara (termasuk penerima pencen terbitan)
47. Warga Emas
- Diskaun 50% bayaran pemprosesan pasport (tempoh 5 tahun:RM300 ke RM150 dan tempoh 2 tahun:RM100 ke RM80)
-Berkuatkuasa Januari 2013
48. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan ATM
- Menambah baik kelayakan masuk (Ijazah – pegawai; Diploma – askar Laskar)
- Kenaikan pangkat secara time-based (8 tahun: Prebet ke Lans Koperal & Lans Koperal ke Koperal)
- Bayaran insentif khas RM200 sebulan (manfaat: 125,708 anggota ATM)
- Menaikkan elaun khidmat tugas anggota Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut & Udara (dari RM4.00 sejam ~ RM7.80 sejam)
49. Pesara Tentera tidak Berpencen (berkhidmat kurang 21 tahun)
- Bantuan tunai one-off, RM1,000 – manfaat 224 ribu bekas tentera

INSURANS BERKELOMPOK TENTERA DAN POLIS  | BUDGET 2013
50. Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota Tentera & Polis
- Had perlindungan maksimum: RM15,000
- Manfaat kepada hampir 242,000 anggota

PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM  | BUDGET 2013
51. Bahagian Pinjaman Perumahan (MOF) akan disusun semula
-Bank komersial sebagai panel bak yang menguruskan pinjaman
-Manfaat dan bantuan sedia ada kekal (kadar peratus 4%)
52. Wang proses permohonan pinjaman perumahan
- Mengurangkan caj wang proses (dari RM1 setiap RM1,000 pinjaman kepada RM100 falt rate)
PELATIH PRA PERKHIDMATAN  | BUDGET 2013
53. Pelarasan elaun Pra­Perkhidmatan
- Menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan
- Manfaat kepada 13 skim dengan anggaran 31,135 pelatih

Fokus 5: Mensejahterakan Rakyat

INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA – PFI 2  | BUDGET 2013
54. Menyediakan peruntukan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat.
MENGURANGKAN KADAR JENAYAH  | BUDGET 2013
55. Inisiatif mengurangkan kelakuan jenayah
-Tambahan perjawatan baru polis
-Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal – rondaan 1,000 motosikal di kawasan perumahan
-Tambahan 10,000 bilangan ahli Pasukan Sukarelwan Polis
- Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
56. Penglibatan pihak swasta dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat dan aman
-Aktiviti rondaan di kawasan kejiranan – geran RM10,000 kepada persatuan penduduk
-Mempertingkat peranan rukun tetangga (KRT) – 6,500 KRT menjelang 2013
-Penyediaan pakaian seragam kepada hampir 300,000 anggota RELA aktif
-Galakan Elaun Modal Dipercepatkan kepada syarikat yang membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan

MENAMBAHBAIK LALUAN KERJAYA WARGA PDRM  | BUDGET 2013
57. Kajian secara komprehensif sedang dijalankan oleh pihak JPA

MENAMBAHBAIK SPRM  | BUDGET 2013
58. Tambahan 150 perjawatan sehingga 5,000 anggota
59. Memperbaiki kedudukan Kerajaan dalam Indeks Persepsi Rasuah

YAYASAN BANTUAN GUAMAN  | BUDGET 2013
60. Tambahan peruntukan RM20 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman

MEMACU TRANSFORMASI KOMUNITI  | BUDGET 2013
61. Penubuhan National Strategic Coordination Unit
- merancang dan menyelaras program menyeluruh UTP dan RTP
62. Perluasan 6 UTC di seluruh negara
- Alor Star, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu & Kuching
- Menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan & swasta dalam 1 bangunan
63. Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara
- Melaka, Johor, Pahang, Sabah & Sarawak
- Menyediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di 1 pusat integrasi
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN MASYARAKAT ORANG ASLI  | BUDGET 2013
 64. Projek pembangunan infrastruktur luar bandar
-Bina 441 km jalan luar bandar & jalan perhubungan desa – manfaat 220,000 penduduk
-Projek bekalan air – manfaat 24,000 rumah
-Projek penyambungan bekalan elektrik – manfaat 19,000 rumah
-Program Desa Lestari – melibatkan 29 kampung dan manfaat 38,000 penduduk
-Program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli – RM88 juta
-Membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak

KESIHATAN ASAS KESEJAHTERAAN  | BUDGET 2013
 65. Projek pembangunan perkhidmatan kesihatan
-Peruntukan RM19.3 bilion bagi perkhidmatan kesihatan
-Membaik pulih 350 buah klinik Kerajaan – peruntukan RM100 juta
-Tambahan 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan seluruh negara
66. Klinik 1Malaysia
- Tambahan 70 Klinik Rakyat 1Malaysia (keseluruhan 240 klinik di seluruh negara)
- Menyediakan perkhidmatan ujian darah, ujian kolesterol & glukosa serta ujian urin

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT  | BUDGET 2013
 67. Program pembangunan wanita dan masyarakat
- Program Pengarah Wanita ‐ melatih 500 wanita sebagai Ahli Lembaga Syarikat
- Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I‐KIT)
-Program Get Malaysian Business Online (GMBO) – geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan kecil untuk membangunkan website
-Pemeriksaan percuma ujian Mamogram – manfaat 100 ribu wanita
- Program KAR1SMA – manfaat RM1.2 bilion
-Program 1AZAM – manfaat 58,330 peserta
68. Tambahan 6 Anjung Singgah dan 5 Anjung Kasih di seluruh Negara

BELIA DAN SUKAN  | BUDGET 2013
 69. Program pembangunan Atlet dan Sukan
- Penyediaan atlet ke kejohanan sukan antarabangsa – Sukan SEA, Sukan Para ASEAN, Sukan Komanwel dan program Road to Rio
- Pembinaan Akademi Badminton di Bukit Kiara
- Pembinaan kompleks Velodrom tertutup di Seremban
70. Program pembangunan belia
- Program Y-Creative – penglibatan persatuan belia seluruh negara
- Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) – usahawan muda menceburi bidang ICT
- Penubuhan Young Enterpreneur Fund – pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)
- Program 1M4U – menggalakkan aktiviti sukarelawan belia
71. Rebat RM200 kepada belia 21‐30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G – manfaat 1.5 juta pengguna

GOLONGAN SENIMAN & KARYAWAN  | BUDGET 2013
 72. Bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan berdaftar

MEMPERLUAS JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM BANDAR  | BUDGET 2013
73. Penubuhan perkhidmatan bas RapidKuantan pada 1 Disember 2012
74. Diskaun 50% kadar tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan – RM3,000

PERUMAHAN UNTUK RAKYAT  | BUDGET 2013
75. Pembinaan hampir 123,000 unit rumah – RM1.9 bilion
76. Menambah baik Skim Rumah Pertamaku:
- Had pendapatan pinjaman Individu dari RM3,000 kepada RM5,000
- Had pendapatan pinjaman bersama suami-­‐isteri kepada RM10,000
- Nilai maksimum hartanah RM400,000
- Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem sebanyak 50% sehingga 31 Dis. 2014
77. Kajian Semula Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT)
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan tidak melebihi 2 tahun: RPGT 15%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 2 hingga 5 tahun : RPGT 10%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 5 tahun: RPGT tidak dikenakan
78. Insentif cukai pemulihan perumahan terbengkalai:
-Institusi perbankan diberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima daripada kontraktor penyelamat;
- Kontraktor penyelamat diberi potongan cukai 2 kali ke atas bayaran faedah dan semua kos langsung dalam mendapatkan pinjaman;
- Kontraktor penyelamat diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan pindah milik tanah atau rumah dan surat cara pinjaman bagi membiayai kos pemulihan; dan
- Pembeli asal rumah terbengkalai diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan mendapat pembiayaan tambahan dan pindah milik rumah.

BANTUAN DAN SUBSIDI  | BUDGET 2013
79. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)
-Bantuan tunai RM500 – isirumah berpendapatan ≤ RM3,000
-Bantuan tunai RM250 – individu bujang berumur 21 tahun ke atas ≤ RM2,000
80. Pengurangan subsidi gula 20 sen (Kerajaan masih menanggung 34 sen
dengan perbelanjaan RM278 juta)
81. Subsidi minyak masak (penstabilan harga) – RM 1.5 bilion
82. Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
-Subsidi kos pengangkutan (LPG 14kg setong: asal RM70; harga subsidi RM26.60)
- Tambahan 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan
83. Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri Sarawak-­‐Labuan-­‐Sabah
84. Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barangan Sarawak‐Labuan-Sabah

BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM  | BUDGET 2013
85. Pemberian 1 bulan setengah bonus

MEMPERMUDAH IBADAH HAJI  | BUDGET 2013
86. Membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran RM3,000

KAJIAN SEMULA CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN KOPERASI  | BUDGET 2013
87. Individu: kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan – RM2,500 ringgit ~ RM50 ribu
88. Koperasi: kadar cukai pendapatan dikurangkan antara 1 ~ 7 mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai

MERINGANKAN BEBAN PENGUSAHA BAS  | BUDGET 2013
89. Bantuan kepada pengusaha bas sekolah :
-Pemberian rebat RM10,000 dan subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman membeli bas baru untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun dengan kapasiti 12 hingga 18 tempat duduk
-Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah (had perlindungan sehingga RM100 ribu)

MENGURANGKAN KOS PEMBELAJARAN PELAJAR  | BUDGET 2013
90. Program kebajikan kepada pelajar sekolah ‐ RM2.6 bilion
-Merangkumi bantuan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, bantuan buku teks
91. Program bantuan persekolahan – RM100 kepada pelajar sekolah
-Manfaat 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5
92. Program Baucar Buku 1Malaysia – RM250 kepada pelajar universiti
-Manfaat 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6
93. Menaikkan pelepasan cukai SSPN daripada RM3,000 kepada RM6,000

PINJAMAN PTPTN & SKIM SSPN  | BUDGET 2013
94. Diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus (sehingga 30 September 2013)
95. Diskaun 10% setahun kepada yang membayar pinjaman secara konsisten

AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)  | BUDGET 2013
97. Pihak GLC menyokong usaha CSR
-FELDA: Membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan FELDA, membaiki rumah-­‐rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran
- Yayasan 1MDB: pemberian geran pendidikan, Klinik Bergerak 1Malaysia & program membaikpulih rumah – RM300 juta
-Syarikat GLIC dan GLC (RM500 juta) dalam pembangunan komuniti.

Berita tentang BAJET 2013 | ISI KANDUNG BAJET 2013 | INTIPATI BUDGET 2013 disediakan oleh Luqman Hakim .