Apr 30, 2011

Akhirnya Hujung Pelangi Ditemui


Rainbow after a storm in Orange County, California Photo: JASON ERDKAMP

Jason Erdkamp, dalam perjalanan menuju Orange County dengan sigap menembakan kameranya kearah jalan yang diguyur hujan setelah badai menerpa wilayah tersebut, pada hari Minggu. ketika sebuah lintasan pelangi muncul dari jalan tersebut.

Menurut kepercayaan Indian, bahwa diujung pelangi terdapat sebuah pot berisi perhiasan emas, tapi pada kenyataan  tidak ada, namun pelangi tersebut membawa sedikit keberuntungan karena pada malam itu ia memenangkan lotere US$ 25.telegraph.co.uk

Remaja Umur 17 Tahun mempunyai 7 Anak Dan Mencatatkan Remaja Mempunyai Anak Paling Ramai Di Usia Yang Muda


Argentina, seorang remaja Villarruel Pamela poses dengan tujuh orang anak-anaknya yang masih bayi di luar 'rumah di kota Leones di Propinsi Cordoba, Argentina utara, 11 Mei 2008. Pamela, 17 tahun, melahirkan semua tujuh anak-anaknya hanya dalam tiga kehamilan ! buseeet 


memiliki anak pertama laki - laki pada tahun 2005 ketika dia berumur 14 dan enam lainnya perempuan dalam dua kelahiran berikutnya dengan tiga kembar berturu - turut. Pamela dan anak-anaknya sedang tidur di ruangan rumah ibunya Magdalena. ayah dari kembar tiga pertama dipaksa keluar dari rumah oleh keluarganya karena memukul dia, dan Pamela menolak untuk mengenali ayah dari kembar tiga yang lebih baru. 


Magdalena meminta agar saluran telur ke kandungan rahimnya di ikat untuk menghindari kehamilan lebih lanjut, tetapi ditolak karena hukum Argentina melarangnya karena masih dibawah umur.


sumber : http://www.binscorner.com/pages/1/17-year-old-girl-has-7-kids-interesting.html 

25 Tips Menulis Blog cara dan Berkesan

Ok. Kita sambung siri-siri25 Tips Menulis Blog cara dan Berkesan Sebenarnya ada 1001 tips yang anda semua boleh cari dengan hanya search di Google dan Yahoo. Tapi saya cuma kongsikan 25 tips sahaja. Kalau bagi 1001 tips, tapi tak buat apa-apa, takkan dapat hasilnya bukan? Jadi, lebih baik buat 25 tips tetapi kita mampu buat semuanya dengan baik setiap hari.
6. FriendlyBlogger Mesra alam. Blogger ramah-tamah dan blogger yang baik hati. Lebih kurang macam itulah. Maksudnya anda selalu berinteraksi dan berkomunikasi dengan pembaca, pelawat dan pengomen diblog anda. Setiap artikel yang anda buat, mungkin ada yang berminat untuk memberi komen atau pendapat. Balas komen mereka dengan secepat mungkin. Selalu-selalulah berkomunikasi dengan mereka. Jika ada chat box, selalulah reply apa yang mereka tanyakan. Dengan cara ini, bukan sahaja orang akan menganggap anda blogger yang baik, malah tidak mustahil jika ada yang berminat untuk berkawan dengan anda secara serius. Lebih-lebih lagi kalau anda seorang blogger lelaki yang panas dan handsome ataupun anda seorang gadis comel yang gila pakai tudung shawl.
7. Tahu tentang basic HTML. Nak tak nak, kena tahu. Setiap gambar atau link yang kita letak diblog kita, ada nilai-nilai HTML tu. Nak bagi satu perkataan terbentuknya link, ada code-codenya tersendiri. Nak tahu html code tu kenalah selalu menilai dan belajar. Mula-mula, saya pun kekok tak tahu apa kejadahnya HTML ni. Tapi sebagai seorang cikgu, takkan benda ni pun tak boleh nak belajar? Bila dah tahu, barulah saya faham yang benda ini senang sangat sebenarnya. Jadi, mari belajar basic HTML untuk memudahkan anda menulis blog.




8. Belajar tentang SEO. Ini topik berat sebenarnya. Tapi kalau anda serius untuk menulis blog bagi satu tempoh lama, dan anda juga berminat untuk membuat duit dari blog-blog anda, anda perlu belajar tentang SEO. Tak perlu terlalu expert, yang penting anda tahu asas-asas SEO seperti backlink, trackback, bounce link, bounce rate dan sebagainya. Boleh search kat internet atau tunggukan sahaja artikel dari saya yang akan saya kongsikan tentang apa itu SEO nanti. Insya-Allah. Saya pun bukannya expert. Masih lagi perlu banyak belajar tentang SEO dan hasilnya, blog ini juga banyak perisa SEO yang berjaya saya peram sehingga mendapat 400-500 unik visitor setiap hari. Alhamdulillah. Siapa nak bagi kan?
9. Cari mentor atau jurulatih. Ya. Saya juga mempunyai beberapa mentor dan jurulatih yang saya pilih dengan syok sendirinya. Ada beberapa blog yang saya ikut dan baca setiap hari untuk mencari ilmu menulis blog ini. Tapi kalau dapat cari mentor yang sanggup ajar kita dan sanggup tegur dan marah kita, itu lagi bagus. Jadi, mari cari mentor dan belajar dari mereka.
10. Tetapkan target atau Goal anda. Apa yang anda mahukan dari blog anda. Apa yang anda ingin capai. Tulis kat satu kertas dan tampal kat dinding meja anda. Tidakpun, buat satu artikel khas untuk wishlist blog anda dan listkan apa yang anda mahu blog anda capai. Mahu jadi blogger popular? Mahu dapat cek adsense setiap bulan? Mahu dapat 10 buffer earning setiap bulan dari Nuffnang? Tuliskan. Dan usaha ke arah itu.
Ok. Cukup 5 tips menulis blog cara Ohcikgu.com. Apa yang saya tulis tu, memang saya buat. Jika anda perasan, anda akan nampak blog ini banyak berubah ketika diawal kemunculannya. Sedikit demi sedikit saya ubah untuk capai apa yang saya mahukan.

kredit to:http://ohcikgu.com

Apr 27, 2011

Kuda Terkecil Di Dunia Dan Sekali Gus Mencatat Rekod Dunia

hihi assalamualaikum...pada malam ini saya hanya infin berkongsi
tentang seekor anak kuda yang paling terkecil di dunia......
Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's
Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

Einstein, the smallest horse in the world's

25 Tips Menulis Blog cara dan Berkesan

Mulai hari ini, saya akan kongsikan beberapa tips tentang menulis blog, penulisan blog, cara buat duit dengan blog, SEO dan sama waktu dengannya. Mungkin tidak banyak tips yang membantu sebab mungkin ada ramai yang lebih tahu dan mungkin tips itu sudah basi. Tapi saya tetap harap ianya akan membantu blogger-blogger semua tentang penulisan blog berdasarkan pengalaman saya.
1. Passionate. Maksudnya ghairah untuk menulis blog. Setiap artikel anda penuh dengan keghairahan anda. Pendek kata, nafsu anda untuk menulis blog mengatasi segalanya. Anda mahu artikel anda dibaca, jadi anda perlu buat orang lain juga bernafsu untuk membaca blog anda. Jadi, setiap orang kena ada passionate masa nak menulis blog. Ini penting.
2. Dapatkan domain anda sendiri. Contohnya macam domain untuk blog ini. Saya pilih mrkodet.com. Janji mudah diingat dan senang untuk pelawat hafal nama blog anda yang unik. Jangan terlalu panjang. Sebab ia akan menyusahkan rakan-rakan baru anda untuk mengingat nama domain anda.



3. Update blog anda selalu. Maksudnya, selalu update blog anda dengan artikel-artikel baru. Tulislah macam-macam artikel yang boleh menarik perhatian pembaca anda. Insya-Allah, mereka ada datang semula untuk baca isu-isu baru dan berbangkit diblog anda jika penyampaian anda betul-betul membuatkan mereka bernafsu dan ghairah membacanya. Ini ada kaitan dengan point nombor 1 tadi. Cadangan saya, update blog anda sekurangnya 1 artikel setiap hari. Itu kira-kira yang cukup mudah dan saya yakin ramai yang boleh mengikutinya.
4. Treat your blog like regular business. Haa, ini satu point yang saya curi dari satu blog. Dah lupa nama blog tu tapi saya tetap ingat tips ini kerana ianya benar-benar memberi kesan kepada saya dan blog-blog saya. Ya, anda kena bagi layanan blog anda sama seperti perniagaan yang lain. Bagi blog, artikel-artikel anda adalah produk anda dan anda perlu bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang anda mahu. Jika anda mahu trafik, anda perlu belajar banyak perkara tentang promosi dan jika anda mahu banyak follower, anda perlu buat blog anda cukup menarik untuk diikuti oleh pembaca blog anda.
5. Buat duit dengan blog dengan pelbagai sumber. Bagi yang berminat untuk buat duit dengan blog, jangan hanya stick dengan satu program sahaja. Anda boleh buat duit dengan blog melalui pelbagai sumber. Jika di Malaysia, anda sudah boleh cuba program-program buat duit seperti Advertlets, Innity, ManggaAd, ChurpChurp, Nuffnang, Says.my dan banyak lagi. Pendek kata, anda perlu cuba jika mahu dapat sesuatu hasil dari blog anda.
Ok. Cukup 5 tips hari ini. Kita akan sambung lagi 5 tips pada artikel-artikel yang akan datang. Harap tips menulis blog cara  ini akan dapat membantu anda untuk menulis blog dengan lebih baik. Hehe..
kredit:.http://ohcikgu.com

saya hanya ingin berkongsi tips yang menarik untuk para pengunjung blog ini..
saya copy paste dari blog ohcikgu..ini kerana tips ini sangat menarik untuk
dikongsi bersama-sama..harap anda baca ok.!

Apr 25, 2011

Gambar Kucing Parsi Yang Comel

Apr 24, 2011

BUAT PROJEK SAMPAI TAK SEDAR ADA CCTV

Suatu kisah berlaku di sebuah daerah di negari Johor tak berapa lama dulu. Waktu itu saya sebagai pendakwa syarie. Kes berlaku apabila pasangan remaja 20-an pergi ke sebuah bangunan di bawah tangga pada siang hari. Pasangan ini telah melakukan hubungan sex dan dirakam di kamera cctv di situ. Aksi ini dilihat lintas lansung oleh  pengawal keselamatan yang berada di bangunan atas. Kemudian beberapa orang pengawal keselamatan bergegas ke tempat berkenaan. Kebetulan, pasangan ini baru saja selesai melakukan aksi panasnya.

Pengawal berjaya menahan pasangan ini dan diserahkan ke pejabat Agama. Video aksi mereka juga diserahkan. Selepas siasatan dibuat, kedua-duanya mengaku video itu adalah betul dan membuatnya secara sukarela. Kemudian pasangan ini kemudiannya dituduh di Mahkamah Syariah.

Apr 23, 2011

Perempuan Umur 14 Tahun Mengandung Luar Nikah

Perempuan umur 14 tahun sedang mengandung luar nikah dalam 5-6 bulan dan dalam proses nak nikah dengan teman lelakinya. Perempuan ni dah berhenti sekolah sehingga tingkatan satu saja. Lelaki pula masih belajar di sebuah kolej,umur awal 20-an.




p/s:korang jangan la buat keja bodoh camni ok..buat malu mak bapak dan agama islam..

Apr 22, 2011

Cara - cara Syaitan Membuka Aurat Wanita

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. 
Berikut adalah cara bertahap: 

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. .

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanja! ng).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwan! ya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis 
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menja! di fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mu! stahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus,! cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

Apr 21, 2011

Motivasi Diri Aku Dan Remaja

Hidup remaja penuh pancaroba. Ada juga yang mengatakan kehidupan remaja penuh warna-warni. Bagaimanapun, remaja perlukan bimbingan dan motivasi untuk terus meningkatkan kejayaan dalam pelajaran demi mengejar cita-cita yang diimpikan.
Kebanyakan remaja lelaki berusia antara 13 hingga 17 tahun sering terperangkap dengan angan-angan, cinta dan khayalan. Manakala remaja perempuan pula sering terperangkap dengan masalah cinta dan kematangan. Mereka yang terlibat dengan masalah ini tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran.
Dalam tempoh usia ini juga kebanyakan remaja mudah terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang menjerumuskan mereka ke arah keburukan. Bermula dengan berkenal-kenalan melalui perbualan telefon dan facebook, akhirnya mereka mudah terikut dengan pengaruh kawan dan terbabit dengan pergaulan bebas serta gejala sosial.
Justeru, remaja perlu mengekalkan dan mengawal minat mereka ke arah perkara yang bermanfaat dan lebih baik untuk diri dan keluarga. Melalui minat bermanfaat yang dipupuk sejak kecil seseorang itu dapat mengembangkan minat dan kecenderungan hingga dewasa. Minat yang baik seperti membaca, melukis dan bermain alat muzik dikatakan dapat mengisi kekosongan dan menghaluskan jiwa.
Kajian ahli psikologi pendidikan H W Bernard dalam bukunya Psychology of Learning (1965), menyatakan remaja perlu mendapat sentuhan motivasi iaitu proses ke arah membangkitkan, mengekalkan dan mengawal minat.
Oleh itu, melalui motivasi sebagai suatu desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap, minat atau kegiatannya ke arah kebaikan. Ia dapat menghindarkan seseorang remaja terjebak dalam perkara tidak baik dan tidak mendatangkan faedah. Sebagai contoh, bidang sukan dan permainan dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.
Menurut pakar pendidikan Sharifah Alwiah Alsagof, motivasi juga dikatakan sebagai perangsang tindakan terhadap sesuatu tujuan yang dulunya hanya terdapat sedikit atau tiada minat terhadap tujuan tersebut menjadi bertambah minat. Oleh itu, motivasi penting ke arah mencapai suatu matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah laku seseorang.
Sesetengah ahli psikologi mengklasifikasikan motivasi kepada motivasi fisiologi (misalnya keperluan asas manusia seperti makanan, minuman, seks dan sebagainya) dan motivasi sosial (misalnya berharap mendapat reputasi dan keuntungan).
Ia terbahagi kepada dua iaitu motivasi asas yang bersifat semula jadi dan motivasi yang dibentuk daripada pembelajaran.
Kajian menunjukkan bahawa keperluan sosial manusia meliputi keperluan mencapai kecemerlangan, pergaulan sosial, autonomi, pemeliharaan dan perlindungan, mempengaruhi dan mengawal orang lain, menunjukkan kebaikan, peraturan dan kekemasan dalam sistem organisasi, hiburan, rekreasi dan keselesaan yang memerlukan motivasi.
Di sebalik kejayaan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih ada pelajar yang kurang cemerlang dan merosot keputusannya. Sepatutnya, sekolah sudah dapat mengenal pasti kumpulan ini. Kalangan pelajar dari sekolah yang pencapaiannya kurang cemerlang, kurang baik dan tidak memuaskan seharusnya diberikan motivasi.
Justeru, pelajar yang kurang cemerlang dalam peperiksaan SPM diberi kaunseling dan motivasi. Mereka yang berjaya juga seharusnya memberikan semangat, kata-kata rangsangan, motivasi serta kaedah belajar yang berkesan dan bergaul dengan mereka yang kurang cemerlang.
Ahli keluarga dan saudara-mara pelajar yang kurang cemerlang juga wajar memberikan kata-kata semangat dan rangsangan kepada mereka supaya terus berusaha untuk mencapai kejayaan.
Dorongan dan kata-kata motivasi dapat meningkatkan semangat mereka dalam pelajaran. Kegagalan dalam peperiksaan bukan bermakna berakhirnya suatu kehidupan. Banyak mereka yang gagal dalam peperiksaan berjaya mencipta masa depan dalam bidang lain seperti bidang perniagaan.
Kata-kata motivasi dapat membangkitkan semula semangat dan bangkit daripada kegagalan untuk mencipta kejayaan yang baru. Napoleon Hill pernah berkata, apabila anda mempersoalkan kegagalan, sama dengan anda mengundang kegagalan dan apabila anda mempersoalkan kejayaan bererti anda akan mengundang kejayaan pula.
Menurut pandangan Babara Cartland, janganlah anda menyesali kegagalan yang anda alami dengan menuduh orang lain, tetapi akui dengan sungguh-sungguh kegagalan itu adalah akibat perbuatan anda sendiri.
Sebagai motivasi Robert H Schuller menyatakan, kegagalan tidak bererti kita mensia-siakan hidup, tetapi bererti kita perlu mulai lagi dengan cara lain dan lebih giat serta penuh kesabaran.
Begitulah cara mengatasi kegagalan dalam kehidupan. Kebijaksanaan lebih banyak belajar daripada kegagalan bukan daripada kejayaan. Kegagalan juga mengajar kita untuk mencapai kejayaan seterusnya.
Setiap remaja memerlukan motivasi dalam mencapai cita-cita terutama mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Selain itu, remaja juga mempunyai semangat yang kuat, usaha gigih, tenaga yang mampu untuk bersaing dalam dunia globalisasi bagi menentukan kejayaan seterusnya. Minat yang mendalam dalam sesuatu bidang boleh diasaskan dan dicetuskan melalui motivasi berterusan.
Kebanyakan pelajar yang gagal dalam pelajaran adalah disebabkan hilang fokus dan minat ke arah pelajaran. Beberapa faktor yang menyebabkan hal ini berlaku antaranya kurang motivasi daripada ibu bapa, keluarga, rakan sebaya, guru-guru dan persekitaran yang tidak menggalakkan.
Melalui motivasi iaitu proses dalaman menimbulkan perubahan tingkah laku seseorang. Sekiranya perubahan tingkah laku itu yang ditimbulkan oleh motivasi berpusat pada suatu aktiviti dan aktiviti itu dapat menghasilkan kepuasan, seseorang individu akan meneruskan aktiviti tersebut secara berulang-ulang seperti pembacaan, penulisan dan reka cipta.
Dalam konteks pendidikan, naluri ingin tahu merupakan motivasi. Oleh itu naluri ingin tahu menjadi penggerak penting yang amat bernilai untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Naluri ingin tahu dalam diri kanak-kanak lahir secara semula jadi dan harus dipupuk hingga dewasa.
Motivasi berlandaskan naluri ingin tahu adalah ditimbulkan daripada rangsangan dalam persekitaran. Sikap, harapan dan aspirasi seseorang pula mempengaruhi motivasinya.
Strategi pengajaran dan pembelajaran juga penting untuk mewujudkan motivasi. Kesediaan belajar banyak bergantung pada motivasi yang sesuai dan penting untuk menggerakkan pembelajaran.
Lantaran itu, Islam juga menggalakkan motivasi dalam melaksanakan setiap ibadah. Melalui rangsangan dan semangat yang gigih, ibadah dapat dilakukan dengan baik dan sempurna serta berterusan.
Kesabaran ibu bapa juga penting dalam melaksanakan penerusan motivasi dalam diri seseorang anak berkaitan dengan pelajaran dan ibadah. Oleh itu, motivasi penting dalam kehidupan untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat