Feb 27, 2011

Tarikh Pertunangan Scha & Awal

Hampir dua tahun bercinta, pelakon, Scha dan Awal Ashaari dikhabarkan bakal melangsungkan pertunangan tidak lama lagi. Malah, pasangan ini juga dikatakan sudah menempah busana untuk digayakan di hari pertunangan itu.
Namun, ketika ditemui di sidang media Anugerah Bintang Popular 2010 baru-baru ini, Scha menafikan berita pertunangannya itu. 
Memang merancang untuk bertunang dan masih mencari masa yang sesuai, Scha bagaimanapun menafikan cerita dia sudah menempah pakaian.
"Saya dan Awal memang ada merancang untuk bertunang, tapi kerana terlalu sibuk dengan macam-macam perkara yang berkaitan dengan kerja, jadi kami tidak ada masa untuk membincangkannya secara terperinci.
"Cerita saya sudah menempah pakaian pertunangan itu sebenarnya tidak benar, dan saya sendiri tidak pernah pergi berjumpa dengan mana-mana pereka fesyen untuk berbincang tentang pakaian pertunangan.
"Saya dan Awal pasti akan bertunang, hanya waktu dan tarikh yang sesuai saja yang belum diketahui, tapi Insya-Allah, jika ia akan berlaku dalam tahun ini juga.
"Tentang majlis, saya dan Awal tidak merancang untuk membuatnya secara besar-besaran, cukuplah sekiranya ia berlangsung dengan keadaan yang ringkas tetapi ia dihadiri oleh orang-orang yang cukup rapat dengan saya,"jelas Scha. 

SCHA DAN AWAL BAKAL BERTUNANG
Halangan Keluarga
Menebak tentang khabar yang mengatakan hubungan mereka dihalang oleh keluarga di kedua-dua belah pihak, Scha menafikan tentang perkara itu.
"Itu semua fitnah, antara saya dan keluarga Awal memang baik dan saya sayang keluarganya sama seperti keluarga saya sendiri, begitu juga dengan keluarga saya, mereka sangat menyayangi dan mengambil berat tentang Awal.
"Hubungan kami memang rapat, dan mereka juga sudah berjumpa antara satu sama lain, tetapi bukanlah dalam keadaan yang formal, biasanya kami hanya pergi makan-makan bersama.
"Takkan saya berani bercerita tentang pertunangan dan perkahwinan sekiranya ada masalah sebegini? setakat ini hubungan kami hanya di jarakkan oleh faktor pekerjaan, bukan masalah-masalah berkaitan dengan kerja,"jelasnya lagi.
Kerjaya
Disisi lain, Scha bakal muncul dalam sebuah drama Mimi Mencari Cinta, sebuah drama Astro yang menampilkan Scha sebagai seorang wanita yang sopan.
"Drama ini sememangnya lari dari kebiasaan watak yang saya tampilkan, kalau kebiasaanya saya membawa watak yang ala-ala tomboy, tetapi untuk drama ini, saya akan jadi lebih sopan.
"Ini peluang untuk saya buktikan bahawa saya juga boleh membawakan pelbagai watak lain, saya harap peminat dapat menerimanya,"cerita Scha.

Feb 23, 2011

Adakah Peperiksaan Merugikan Kertas?

Exam Sudah Dekat Tapi Aku Masih Main-Main!!
Hihi assalamualaikum buat anda semua yang sudi membaca n3 saya pada
Malam ini..hurm pada mala mini saya ingin berkongsi tentang EXAM PKBSM 1
Yang sudah terlalu hamper dengan saya..haha  maklumla ulang kaji pon tidak
Sebab tu rasa gugup ja..haha…selain itu saya terfikir mengapakah Mr Kodet
Menyatakan bahawa peperiksaan merugikan kertas???
Saya terfikir kalau periksa tidak menggunakan kertas??
Benda apa yang kita harus guna untuk mengadakan soalan peperiksaan tersebut?
Mr Kodet harap kamu baca n3 saya ini ya..!!
Sebab ramai yang ingin tahu kenapa Encik Kodet berbuat sedemikian??

Feb 22, 2011

10 Kes Lelaki Tak Layak Jadi Suami

Assalamualaikum sedara-sedara sekalian. Lama sungguh kita tak bertemu..Memang lama..kan? Wajah pun belum kenal lagi. hehe.. Entri nie khas untuk insan yang bergelar lelaki. Kalau pondan aka bapuk tue,tak yah la kot.. 


Maklumat nie Amir amik dari seorang kawan..entah la siapa penulisnya. Tidak kira la siapa..janji kita(lelaki) jadikan ia renungan.. Banyak lagi tau.. Amir sertakan sedikit demi sedikit... Jom renung!!

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di  Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua  di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu  seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.











PERLUKAH ETIKA BERBLOGGING?


 
Setiap bidang memerlukan etika. Kalau tak mengamalkan etika, maka korang takkan jadi professional. Etika dalam kedoktoran, etika dalam fotografi, etika dalam perguaman, etika dalam perniagaan… semuanya penting, untuk menjadikan diri lebih proffesional.
Etika Berblog
Perlu ke? Ini isu sirius, dunia blog kita sekarang dah tak macam dulu. Dulu orang berblog kerana suka-suka, sekarang orang berblog untuk dijadikan sumber pendapatan. So, pada pendapat saya, etika dalam berblog itu perlu!
Silibus dalam etika berblog
Sebenarnya etika ni takde silibus yang tepat, sebab semuanya berdasarkan logik pemikiran rasional. Semua sudah besar panjang, belajar pun tinggi-tinggi, setakat nak fikir etika ni rasanya takde la susah sangat kan?
Blog beretika hari ini: cisdel
Apa konsep etika berblog bagi korang?
wiki: Ethics (also known as moral philosophy) is a branch of philosophy that addresses questions about morality — that is, concepts such as good and evil, right and wrong, virtue and vice,justice, etc.

Feb 21, 2011

Jom Buat Duit Dengan ChurpChurp

hihi
Sticky post untuk beberapa hari. Sila scroll down untuk usya update terbaru. TQ Ada Twitter? Jom Buat Duit Dengan ChurpChurp. Bagi yang belum mempunyai akaun Twitter, boleh daftar di www.twitter.com. Yang dah ada tu, boleh teruskan bacaan. Itupun kalau mau ler. Apa itu ChurpChurp? Mungkin masih ramai yang belum mengetahui akan kewujudan ChurpChurp ini serta [...]

Feb 18, 2011

Kawan Yang Mudah mesra dengan anda.

hihi assalamualaikum kepada anda...hurm pada dah 2 hari saya xupdate my blog..huhu skung ni banyak masalah
nak update pon xde mode..huhu...dah naik berhabut blog aku...
ok pada malam ini....anda mesti ramai rakan kat facebook kan??
hurm dan ade yang anda tidak kenal tetapi mudah mesra dengan anda dan senang berbincang??
ada tak kawan yang macam tu pada list friends anda pada facebook?


Top 10:Kasper Nymand
        http://www.facebook.com/kaspernymand
Top 9:Farah Hunnymore (相比)
       http://www.facebook.com/farahhunnymore

Top 8:Syamimie Nixcs Arenieys
      http://www.facebook.com/profile.php?id=100001897194019
Top 7:Hazwan Shahiran
      http://www.facebook.com/profile.php?id=100001310905168
Top 6:Azza Firza (Norazah Bte Abdul Rahaman)
      http://www.facebook.com/faniza1801
Top5:Niny Yanna (ShIn ChAn)
      http://www.facebook.com/profile.php?id=100001232613018
Top 4:Nik Nurul Husna
      http://www.facebook.com/profile.php?id=100000284246901
Top 3:Eisya Melisya
       http://www.facebook.com/profile.php?id=100000346342594
           die ni baik la skit...but skung sye tgur pon xbls...nth ape la problem saya ngn die...!!??
Top2:Nazifa Mohd Zali
      http://www.facebook.com/profile.php?id=1304204331
Top 1:Nur Aien (Annie Zeyra)
       http://www.facebook.com/profile.php?id=100000589587217
Nur Aien

Feb 15, 2011

budak 13 tahun cipta laman sosial mirip FACEBOOK.!!


BANDUNG - Walaupun baru berusia 13 tahun, seorang budak lelaki di Indonesia, Muhamad Yahya Harlan ternyata hebat apabila dia mencipta laman jaringan sosial mirip Facebook, lapor akhbar dalam talian, Tribunnews.comsemalam.
Laman itu yang dinamakan salingsapa.com dapat disiapkan Muhamad yang belajar di Sekolah Alam Bandung, di sini, dalam masa sebulan.
Konsep salingaapa.com hampir menyerupai Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat tetapi Muhamad berkata, laman webnya menampilkan beberapa ciri tambahan.


"Pada awalnya, saya menonton berita tentang ada orang Indonesia yang mencipta laman web seperti Facebook dalam bahasa Indonesia.
"Saya terus terfikir, saya juga boleh mencipta laman web serupa, tetapi lebih baik lagi," kata Muhamad ketika ditemui di sekolahnya kelmarin.
Seterusnya, anak sulung pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, itu mulai 'mengklik' komputernya untuk merancang ciri-ciri laman sosial yang akan dihasilkan nanti.

Dia turut mendapat bantuan daripada ayahnya yang menyumbang idea tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan salingsapa.com.
Kini, kejayaan pelajar cilik itu mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak.
Menurut ibunya, Muhammad membentangkan hasil kerjanya itu di hadapan 12 mahasiswa Institut Teknologi Bandung semalam.
"Harapan kami ialah laman sosial ciptaan anak saya ini akan digunakan untuk tujuan kebaikan," kata ibunya. - Agensi

Wow Saya dapat 2K dari pihak NUFFNANG

hihi assalamualaikum kepada anda yang sudi datang
dan membaca n3 saya di sini...
hurm pada hari ini saya ingin berkongsi tentang pendapatan
Nuffnang.....
adakah anda meletakkan ads nuffnang pada blog anda??
sudahkah anda mendapat Earning??
dan berapa lamakah anda mengambil masa
untuk Cash Out?


itu saja dari saya pada malam ini terima kasih....
.
.
..
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
sebenarnya itu bukan check nuffnang saya la..hehe sory all 
sebab yang menipu anda semua..check tu dari google 
saya search je..huhu....sekian terima kasih..

Feb 14, 2011

Tangis Terakhir Nabi Muhammad

Tiba-tiba ada ucapan salam. “Boleh saya masuk?” lelaki itu bertanya. Namun Fatimah tidak mengizinkannya masuk ruangan. “Maaf, ayah saya sedang sakit, “kata Fatimah. Ia berbalik kembali dan menutup pintu.
Nabi Muhammad saw. membuka matanya dan bertanya, “Siapa dia, putriku?”

“Aku tidak tahu ayah. Ini pertama kali aku melihatnya,” kata Fatimah lembut.
“Ketahuilah putriku, dia adalah orang yang menghapuskan kenikmatan sementara! Dialah yang menceraikan persahabatan di dunia. Dialah sang Malaikat Maut,” kata Rasulullah saw.
Fatimah menahan genangan air matanya.

Malaikat maut datang kepada-Nya, tetapi Rasulullah saw. bertanya mengapa Jibril tidak datang bersamanya.
Kemudian Rasulullah saw. menatap putrinya dengan pandangan nanar, seolah-olah ia tak ingin kehilangan setiap bagian dari wajah putrinya.
Kemudian, Jibril dipanggil. Jibril sebenarnya telah siap dia langit untuk menyambut ruh Rasulullah sang pemimpin Bumi.
“Wahai Jibril, jelaskan kepadaku tentang hak-hakku di hadapan Allah!”, Rasulullah saw. meminta dengan suara yang sangat lemah.

“Pintu-pintu langit telah dibuka. Para malaikat sedang menunggu ruh Anda. Semua pintu Surga terbuka luas menunggu Anda” kata Jibril.
Namun, kenyataannya, jawaban itu tidak membuat Rasulullah saw. lega.
Matanya masih penuh kekhawatiran.
“Anda tidak senang mendengar kabar ini?” tanya Jibril.
“Ceritakan tentang nasib umatku di masa depan?” kata Rasulullah saw.

“Jangan khawatir, wahai Rasulullah, saya mendengar Allah berkata:” Aku haramkan Surga untuk semua orang, sebelum umat Muhammad memasukinya, ” kata Jibril.
Waktu bagi malaikat Izrail melakukan pekerjaannya semakin dekat dan dekat.
Perlahan-lahan, ruh Rasulullah saw. dicabut.

Tampak tubuh Rasulullah saw. bermandikan peluh, saraf lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit ini!” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam sallalahu mengerang dengan perlahan.

Fatimah memejamkan mata, Ali yang duduk di sampingnya tertunduk dalam dan Jibril pun memalingkan mukanya.
“Apakah aku sedemikian menjijikkan sehingga engkau memalingkan muka wahai Jibril?” Rasulullah saw. bertanya.
“Siapa yang bisa tahan melihat Kekasih Allah di ambang sakaratul mautnya?” kata Jibril.
“Bukan untuk berlama-lama,” kemudian Rasulullah saw. mengerang karena sakit yang tak tertahankan.
“Ya Allah betapa besar Sakaratul maut ini. Berikan kepadaku semua rasa sakit, tapi jangan untuk Umatku.”

Tubuh Rasulullah saw. mendingin, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi.
Dengan berlinang air mata, bibirnya bergetar seakan ingin mengatakan sesuatu.
Ali mendekatkan telinganya ke Rasulullah saw., “Jagalah shalat dan jagalah orang-orang lemah di antara kamu.”

Di luar ruangan, ada tangisan, ada kegaduhan. Para sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajahnya dengan kedua tangan.
Sekali lagi, Ali mendekatkan telinganya ke Rasulullah saw. dan dengan mulut yang telah membiru serta air mata berlinang, Rasulullah berucap lirih: “Ummatii , Ummatii, Ummatii…” “Umatku, umatku, umatku…“





kredit to:http://asrirayrock.blogspot.com/

Feb 13, 2011

Wahai Umat Islam Sempena Hari Mailidur Rasul.

hihi assalamualikum kepada anda yang sudi menyinggah blog yang tidak seberapa ini....
pada malam ini saya terpikir nak update blog ni....hurm punyer la lama saya fikir akhirnya tau jugak
nak update tentang apa...hehe
  


BIODATA RASULULLAH SAW

Saya menerima e-mel yang diteruskan kepada saya, dan saya pikir ini akan
menyenangkan untuk berkongsi data ini untuk orang lain di internet. Hal ini membantu
kita untuk rekap apa yang kita lupa selama bertahun-tahun.

Sejarah Ringkas Rasulullah SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
  • Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). 
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Dikota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..
USIA 25 TAHUN
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
  • Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. 
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN 
  • Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN 
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemanioleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
  • Khadijah Binti Khuwailid
  • Saudah Binti Zam’ah 
  • ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar) 
  • Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab) 
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan 
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah) 
  • Zainab Binti Jahsy
  • Maimunah Binti Harith 
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra’

ANAK TIRI RASULULLAH SAW 
  • Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
  • Thuwaibah
  • Hamzah
  • Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
  • Halimah Al-Saidiyyah
  • Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
  • Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
  • Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
  • ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
  • Al-Harith
  • Muqawwam
  • Zubair
  • Hamzah ***
  • Al-’Abbas ***
  • Abu Talib
  • Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
  • Abdul Ka’bah
  • Hijl
  • Dhirar
  • Umaimah
  • Al-Bidha (Ummu Hakim)
  • ‘Atiqah ## 
  • Arwa ##
  • Umaimah
  • Barrah
  • Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam. 
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)



Perhatian kepada blogger yang Menggunakan iklan NUFFNANG!!!!

...hihi assalamualikum....saya harap anda semua pada hari ini sihat sejahtera ok...hurm....hari ini saya ingin berkongsi tentang iklan nuffnang!!!!
adakah korang perasan bahawa nuffnang tidak lagi menyiarkan iklan pada blog kita pada hari ini???
saya dapat info ni sebab saya pergi BW(BlogWalking) saya lihat kat semua blog....semua ads nuffnang tidak
menyiarkan iklan??apa yang kita patut lakukan??

try tengok gambar ni??
klu korang tak caya boleh tengok kat blog korang
sendiri??ade tak iklan

Aku termakan tahi cicak.Geli

hihihi......assalamualaikum kepada abang-abang  dan kakak-kakak serta pengunjung sekalian.....
pernahkah anda termakan tahi cicak???
mungkin anda semua tidak pernah makan...??betull
haaaa....pada malam ini saya ingin berkongsi tentang pergalaman saya yang 

.
.
..
.
.
.
..
.
.
.
.
.

.
.
.terhampir  makan tahi cicak tersebut...haha sungguh jijik betul tak??
nak tahu sebab kenapa saya boleh terhampir makan...??
pada masa itu saya sungguh lapo...hehe pergi la dapur tengok ada nasi goreng yang petang nyer..
pe lagi saya panaskan la..huhu lepas tu ambik la makan..hurm
saya terlupa tutup  periuk tersebut  dan saya pergi tambah nasi lagi...kita ni makan 
la punyer sedap tetiba...tuptuptuptuptup...
terlihat tahi cicak kat sudi..giler....
aku siap pi berkumur dengan air sabun dalam mulut...zzzzz...
ok setakat itu sahaja..pada malam ini..terima kasih.

Feb 12, 2011

Sapa nk tau Ngorat Awek saya ada Ilmu tunduk perempuan

“KEBANYAKAN pengkid memiliki ilmu untuk menundukkan perempuan kerana tanpanya, usaha memikat tidak akan berjalan lancar.
“Untuk itu, mereka sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan ilmu berkenaan jika sudah terlalu sayang kepada pasangan masing-masing,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Malaysia (Sidim), Mohamed Hanafiah Abdul Malek.

Mohamed Hanafiah berkata, fenomena pengkid berkenaan bukanlah sesuatu yang baru untuk dibincangkan tetapi sejak akhir-akhir ini pengaruhnya semakin berleluasa.
Tidak seperti lesbian atau tomboi, pengkid adalah budaya baru yang seolah-olah sudah sebati dengan masyarakat Melayu hari ini.

Katanya, wanita pengkid sememangnya tidak meminati atau diminati lelaki dan naluri mereka lebih terarah kepada golongan mereka sendiri.

“Memang tidak dapat dinafikan pengkid memang pandai menjaga hati dan amat memahami perasaan wanita kerana azalinya, mereka adalah golongan yang sama.

“Disebabkan itu, mereka mudah diminati golongan wanita terutama yang mungkin sebelum ini pernah terbabit dalam kekecewaan atau mengalami kisah lampau membabitkan lelaki yang dipercayai,” katanya.

Menurut Mohamed Hanafiah, pihaknya pernah menguruskan kes seorang remaja berusia awal 20-an yang terjebak dalam perhubungan dengan pengkid tidak lama dulu.


Remaja itu berasal dari sebuah kampung di Negeri Sembilan dan berkenalan dengan pengkid berkenaan di sebuah pasar raya di ibu kota secara tidak sengaja.

Lama-kelamaan, hubungan yang mulanya sekadar kakak serta adik angkat itu bertukar mesra dan apabila remaja berkenaan berpindah ke ibu negara untuk mencari pekerjaan, lalu mereka tinggal bersama.

“Apabila tinggal serumah, tahu sajalah bagaimana gaya hidup mereka, tidak ubah seperti pasangan suami isteri yang lain.

“Pengkid berkenaan memang menjaga sepenuhnya remaja itu sehingga ke tahap membiayai segala keperluannya,” katanya.

Bagaimanapun, kata Mohamed Hanafiah, perhubungan itu berantakan apabila remaja berkenaan mahu berubah selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang mahu mengambilnya sebagai isteri yang sah.

Sebaik saja mendapat tahu berita berkenaan, pengkid berkenaan mula naik hantu kerana cemburu hingga sanggup bertindak memukul kekasihnya.

“Remaja berkenaan tidak tahan diperlakukan sedemikian dan meminta bantuan kami selepas mendapat tahu mengenai Sidim daripada media.

“Kami memberikannya kaunseling selama hampir enam bulan dan sepanjang tempoh itu, dia memutuskan hubungan dengan pengkid berkenaan.

“Alhamdulillah, remaja berkenaan kini sudah kembali ke pangkal jalan dan dikhabarkan akan mendirikan rumah tangga bersama teman lelaki barunya tidak lama lagi,” katanya.

Selain itu, berdasarkan pengalamannya bersama Sidim serta syarikatnya yang menguruskan program motivasi, Al Iman Motivation & Training, pengkid banyak berlaku di kalangan anak sulung yang menerima didikan keras daripada ibu bapa masing-masing sejak kecil.

Katanya, didikan negatif itu menyebabkan anak berkenaan apabila dewasa cenderung memiliki perwatakan seperti lelaki dan melindungi wanita seperti mana mereka melindungi adik kandung mereka sendiri.

“Daripada bersifat pelindung, mereka kemudian beralih kepada penjaga atau peneman yang setia.

“Golongan berkenaan mempunyai sifat pelindung terlampau terutama untuk pasangan hingga wujudnya perasaan kasih dan sayang,” katanya.

Mohamed Hanafiah turut menasihati remaja yang berkawan dengan golongan berkenaan supaya jangan sesekali meluahkan masalah yang dihadapi kepada mereka.

Ramai pengkid mengaku kepadanya bahawa antara salah satu taktik untuk mengurat wanita adalah dengan menjadi tempat mengadu serta pendengar yang setia.

Katanya, pengkid biasanya akan mengambil peluang ketika seseorang wanita itu sedang mengalami kekecewaan dan sebaiknya, jangan sesekali mengeluarkan air mata di depan mereka.

“Pengkid memang diakui pandai menakluki dan menjaga hati golongan sejenisnya kerana mereka adalah perempuan.

“Mereka menawan hati dengan menjadi pendengar masalah yang setia selain sentiasa menyokong tindakan yang dilakukan pasangan.

“Untuk itu, elakkan meluahkan perasaan atau menangis di depan mereka kerana ia dapat mendorongnya bertindak sebagai pelindung yang tidak diundang,” katanya.

Dia turut mengakui golongan itu sememangnya pantang dicabar dan berani melakukan apa saja termasuk merampas isteri orang.

Selain mudah membelanjakan pasangannya dengan pelbagai hadiah yang mengaburi mata si kekasih, golongan pengkid juga dikatakan mempunyai banyak wang.

Jelas Mohamed Hanafiah, kebanyakan pengkid mempunyai duit yang banyak tetapi ia bukan suatu yang menghairankan kerana ada di kalangan mereka yang sanggup melakukan aktiviti jenayah semata-mata ingin mendapatkan wang lebih.

Pesannya kepada remaja dan wanita di luar sana, berhati-hatilah dengan golongan berkenaan kerana selain gay, pengkid adalah masalah sosial yang amat sukar untuk dipulihkan.

“Memang diakui penyakit sosial itu sukar untuk diubati melainkan ia terbit daripada kerelaan hati mereka sendiri.

“Namun, daripada pemerhatian kami, golongan berkenaan boleh berubah sekiranya menemui lelaki yang lebih kuat (emosi) serta lebih penyayang daripada mereka.

“Ia mungkin agak mustahil kerana kebanyakan lelaki hari ini mudah berasa rendah diri dan lemah untuk mencuba,” katanya.



Antara kes membabitkan pengkid yang pernah dilaporkan media:

  • 2 Februari, 2011
    Seorang pengarah syarikat berusia 30-an sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu selain menghabiskan wang dan harta lebih RM500,000 kepada seorang pengkid sedangkan dia masih isteri orang dan mempunyai tiga anak kecil.

    Wanita yang dikenali sebagai Julia itu mendakwa layanan pengkid dikenali sebagai Az, 40-an, berasal dari utara tanah air itu membuatkan dia leka dan berasa disayangi lebih daripada kasih sayang dicurahkan suaminya.

  • 26 Oktober 2010
    Sepasang suami isteri terpaksa ‘terbang’ ratusan kilometer dari Melaka ke Kuching, Sarawak, selepas mendapat tahu anak gadis mereka berusia 16 tahun yang tidak pulang ke rumah sejak 23 hari dikatakan sedang bercuti di bandar itu bersama gurunya yang dipercayai seorang pengkid.

    Suami isteri terbabit mendakwa membuat keputusan untuk ke Kuching sebaik mendapat tahu anak mereka, yang menghilangkan diri sejak 8 Oktober 2010, dipercayai berada bersama guru wanita berusia 24 tahun itu.

  • 2 Oktober 2010
    Seorang wanita dipercayai pengkid berusia lewat 20-an naik hantu sebelum membelasah seorang wanita menggunakan botol sos di sebuah restoran di Bandar Baru Sentul.

    Difahamkan, wanita berkenaan yang cemburu hilang kawalan selepas terserempak kekasihnya sedang menjamu selera bersama mangsa yang juga wanita tidak dikenalinya.

    Akibat amukan itu, mangsa berusia awal 20-an mengalami kecederaan pada kepala dan difahamkan menerima kira-kira 10 jahitan akibat luka yang serius.

  • 14 Julai 14, 2010
    Cemburu kerana menyangkakan pasangan pengkidnya curang, seorang wanita cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya di sebuah flet di Lembah Jaya, Ampang.

    Bagaimanapun, dia terselamat apabila sempat menghantar sistem pesanan ringkas bergambar (MMS) kepada teman wanitanya itu yang sebenarnya ditahan pihak penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

  • 11 Jun 2010
    Hanya kerana mahu mencari anak gadisnya yang hilang dilarikan kekasih sejenis, sepasang suami isteri sanggup menjual semua harta dan barang kemas semata-mata untuk membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur.

    Anak gadis pasangan terbabit melarikan diri dari rumah mereka di Semporna, Sabah, sejak 15 April 2010.

  • 13 Februari 2010
    Ketagih cinta sejenis, seorang guru wanita dikatakan sanggup menghabiskan wang hampir RM100,000 sejak tiga tahun lalu semata-mata untuk membeli jiwa seorang pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Cheras.

    Lebih menyedihkan, guru terbabit yang berang kerana cubaannya memikat pelajar itu diketahui bapa gadis berkenaan sanggup menghantar SMS memaki-hamun lelaki itu selain mengugut supaya tidak melaporkan perbuatannya kepada pihak sekolah.

  • 14 November 14, 2009
    Cemburu buta seorang pengkid membuatkan dia sanggup mengurung teman wanitanya seharian dan mengugut mencederakan ‘kekasihnya’ itu jika mangsa melarikan diri di sebuah rumah di Hatta Square, Jalan Pandan Mewah, Pandan Indah.

    Bagaimanapun, suspek berusia 30 tahun itu akhirnya ditahan polis selepas seorang rakan menyedari mangsa menghadapi masalah kerana tidak datang bertugas dan gagal menghubunginya.

  • 29 Julai 2009
    Terdesak mendapatkan wang, sekumpulan pengkid yang berlagak samseng dikesan menjadikan kawasan sebuah surau di Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur sebagai lokasi untuk memeras ugut murid sekolah rendah.

    Difahamkan, kumpulan dianggotai tiga pengkid terbabit meminta wang daripada murid yang melalui kawasan surau berkenaan sebelum mengugut akan mencederakan mereka jika enggan menyerahkan wang.

    Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar apabila seorang murid tahun enam sebuah sekolah di sini membuat laporan polis, selepas diugut pengkid terbabit sejak dua bulan lalu.