Jun 15, 2011

Cara Membuat Semakan Keputusan Rayuan UPU 2011 Secara Online & SMS

..di sini saya ingin berkongsi link untuk
membuat semakan keputusan rayuan UPU 2011 online dan SMS.

Bagi pelajar lepasan SPM 2010 atau yang setaraf dengannya yang telah 
 memohon rayuan UPU atau rayuan kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2011/2012 boleh membuat semakan keputusan permohonan rayuan mereka selepas jam 12 tengahari nanti,14 Jun 2011.

Semakan boleh dibuat melalui SMS dengan menggunakan arahan seperti dibawah ini:-
Taip UPU <jarak> RESULT <jarak> No.Kad Pengenalan <jarak> dan hantar ke15888
Contoh: UPU RESULT 960520115491 hantar ke 15888
Semakan Melalui Online:-
Penerimaan Tawaran
  • Bagi yang berjaya,anda wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh dua hari bekerja iaitu pada atau sebelum 16 Jun 2011.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan.
  • Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA yang sama mulai 14 Jun 2011. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi melalui surat tawaran ini.
Pendaftaran
  • Program Diploma – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA bagi rayuan adalah 16 Jun 2011.
Mesti diingatkan bahawa anda mempunyai masa dua hari untuk membuat persiapan sebelum mendaftar di IPTA masing-masing.Pastikan anda membuat perkara-perkara yang penting dahulu seperti mengisi borang,membuat pengesahan,medical check-up dan membuat bayaran yuran.Barang-barang lain boleh dibeli kemudian.


EmoticonEmoticon